Nuffnang

Saturday, May 1, 2010

Rahsia Budak Bermata Biru


Biru Mata Hitamku....

BUKAN di New York, London atau Riyadh sebaliknya cuma di Kota Kuala Muda, Kedah. Tidak berketurunan orang putih atau Asia Barat, mahupun berdarah kacukan, kewujudan seorang kanak-kanak Melayu yang memiliki sepasang mata biru di negara ini dianggap luar biasa.

Iris atau anak mata Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal berwarna biru air laut!

"Setahu saya memang tidak ada darah mat saleh atau Arab dalam keturunan kami. Kulit kami pun gelap-gelap," kata datuk kanak-kanak itu, Ahmad Mustafa, 62, kepada Jurnal.

Difahamkan, semasa dilahirkan, mata kanak-kanak itu berwarna hitam macam kebanyakan orang Melayu. Namun, selepas beberapa bulan ia berubah warna menjadi biru dan berkilauan.

Aizat yang berusia setahun 4 bulan merupakan anak kepada pasangan bisu dan bermasalah pendengaran, Mohd. Rizal Mohamad, 34, dan Noraini Ahmad, 31.

Ahmad berkata, setakat ini doktor yang ditemuinya belum mengetahui punca mata biru Aizat, namun mengesahkan matanya tidak mengalami sebarang masalah dan boleh melihat seperti kanak-kanak biasa. baca seterusnya disini


No comments:

Post a Comment