Nuffnang

Saturday, May 22, 2010

'Post-mortem' Piala Thomas tak lama lagi

Nak post-mortem apa lagi.. 1malaysia dah tau sebab utama skuad badminton negara tumpas...
tak kan anak badak di depan mata tak nampak. Gilo arrrr ... Rabun ke.. patut ler menteri ni akan di kick dari kabinet....



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjE4BtnzKBCwsOj-Jf55I6woov02_OI84LTNlJi8TnXiCew69i-A1PFzMzmMdLTwoP4vDcqckTDyHmIXNhK9-9LdX1VqlFvjz7TljmoyzSIw3OYCEzaIm53qDfNTpqqmutdjnQCGLcbt0g/s1600/Chong+wei.jpg








Laporan penuh "post-mortem" mengenai prestasi skuad badminton negara dalam kejohanan Piala Thomas baru-baru ini dijangka diketahui dalam masa terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Bagaimanapun, beliau berkata laporan awal berhubung kekalahan Malaysia pada kejohanan berprestij itu mendapati persediaan skuad negara yang tidak cukup menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan itu.

Katanya ini terbukti apabila skuad negara tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk menyesuaikan diri di gelanggang sendiri sebelum bertemu pasukan lawan terutama China.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung cawangan Umno berkelompok dalam bahagian Tumpat malam tadi, Ahmad Shabery meminta peminat agar tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kegagalan skuad negara membawa pulang Piala Thomas yang diidam-idamkan sejak 18 tahun lepas.

"Kita harus mengkaji faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi situasi permainan skuad negara dalam kejohanan itu, termasuk dari segi persediaan, disiplin dan sebagainya berbanding pasukan lawan," katanya.

Ditanya mengenai kegagalan pemain lama menunjukkan permainan yang konsisten disebabkan faktor usia, Ahmad Shabery berkata: "Kita tidak boleh bergantungharapan sepenuhnya kepada barisan pemain muda, kerana mereka tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang ditunjukkan pemain luar negara."

Beliau juga menolak andaian yang menyalahkan peranan media yang dikatakan telah menjejaskan prestasi skuad negara dalam kejohanan itu, sebaliknya menyifatkan peranan media dalam sesuatu kejohanan adalah penting dan menaikkan nama serta prestasi pemain.

- Bernama

No comments:

Post a Comment