Nuffnang

Thursday, May 27, 2010

Kedalaman Lautan Bumi - Satu Ilustrasi

Kedalaman Lautan Bumi - Satu Ilustrasi

Adakah anda tahu berapa dalamkah lautan bumi kita ini. Adakah lautan kita dapat menenggelamkan gunung Everest. Atau dapatkah ia menenggelamkan bangunan yang tertinggi di dunia? Rajah di bawah dapat memberikan anda gambaran betapa dalamnya lautan kita.

Jurang Mariana – Berapa dalam Lautan Kita?  0 kaki: Titik hitam di  sebelah adalah skala mewakili seorang manusia bertinggian 6 kaki lebih.   350 kaki: Kedalaman maksimum selaman seekor paus biru, haiwan terbesar  di dunia. Seekor paus biru bersaiz besar dan dewasa diwakilkan secara  berskala seperti di sebelah.  1381 kaki: Ketinggian menara berkembar  KLCC. Sekiranya anda memasukkan menara ini ke dalam jurang Mariana, ia  akan tenggelam pada tahap ini.  3280 kaki: Pada aras ini, cahaya sudah  tidak dapat lagi menembusi ke dalam air.  5280 kaki: Satu batu di bawah  paras laut.  13 120 kaki: Permulaan Zon Abis. Tekanan air pada aras ini  adalah lebih kurang 11 000 paun per inci persegi. Makhluk-makhluk aneh,  dengan rupa yang menakutkan tinggal di kedalaman ini, seperti ikan  Fangtooth, ikan Lampu Suluh (flash light) dan ikan Angler.  20 000 kaki:  Zon Hadal. Tekanan mencapai 16 000 paun per inci persegi, lebih dari 1  100 kali ganda dari tekanan di permukaan bumi. Hidupan masih wujud pada  aras ini walaupun jarang.  31 000 kaki: Ketinggian purata kapal terbang  komersial terbang. Bagi mereka yang pernah melihat keluar melalui  tingkap kapal terbang, jadikan ini satu skala rujukan.  36 000 kaki:  Aras paling dalam yang diketahui manusia, yang pernah diterokai oleh  kapal Challenger II, aras ini juga dikenali sebagai Kedalaman  Challenger. Adalah dipercayai masih ada aras kedalaman yang lebih dalam,  kerana hanya baru 10% sahaja dari lautan dipetakan.

No comments:

Post a Comment