Nuffnang

Sunday, September 27, 2009

Hasan Ali Kata Beliau Naikkan Isu SELCAT Kerana Hendak Membela Melayu


Itulah alasan yang diberikan oleh Hasan Ali sewaktu Mesyuarat Khas bagi menyokong tindakan beliau baru2 ini di dalam isu SELCAT. Malahan, Hasan Ali member amaran bahawa terdapat banyak lagi isu Melayu yang beliau hendak dedahkan selepas ini yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.


Itulah sebenarnya motivasi Hasan Ali di dalam membawa isu SELCAT ini, yakni untuk membela Melayu dan hak orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan negeri. Tetapi, yang hairannya, Hasan Ali tidak bagitau apa hak orang Melayu yang telah terhakis di dalam isu SELCAT ini?

Apakah membela pegawai2 yang terlibat dalam korupsi UMNO dan Barisan Nasional itu satu bentuk pembelaan orang Melayu? Adakah membela tindakan UMNO/BN menggunakan wang rakyat sewenangnya dalam kempen pilihanraya mereka sebagai satu bentuk perjuangan Melayu?

baca selanjutnya di perisik rakyat

p/s : dah muladah berbaur2 ketuanan melayu... Masuk Umno je lah klu betul2 nak bela orang melayu.. xde lah nak menyusahkan orang lain.. Kerajaan selangor masih banyak lagi urusan yg perlu di selesaikan dan bukan untuk melayan karenah mamat sorang ni... yang timbalan presiden pas pun sama..apabila mengatakan tiada tindakan yg akan di ambil terhadap Hasan Ali ni.. apa leh buat.. klu dah gerombolan ni menyokong kerajaan perpaduan sesama sendiri manalah akan ada tindakan yg di ambil... Aku pun x paham lah Hasan Ali ni... beriya-iya dulu sebelum pilihan raya nak Jatuh kan Umno.. bila dah naik.. dah Lupa daratan... Satu hari nnt tidak Mustahil Pakatan rakyat di selangor akan menghadapi masalah kerana Hasan Ali

Muntahar al Zaidi: Mengapa Saya Melemparkan Kasut Kepada Bush

Muntahar Al-Zeidi, wartawan Irak yang melemparkan kasut kearah George W. Bush,dibebaskan dari penjara minggu lepas. Al-Zeidi dihukum tiga tahun penjara namun hukuman itu kemudian dikurangi menjadi satu tahun. Banyak yang ingin tahu apakah motif serangannya terhadap Bush yang kemudian menjadi titik sejarah itu. Berikut laporan dari guardian.
___________________________________________________________________________
Sekarang saya sudah bebas. Tapi negara saya masih menjadi tawanan perang. Telah banyak orang berbincang mengenai tindakan saya, tentang keberanian dan kepahlawanan, simbol dan tindakan simbolik.
Tapi, sederhana saja, bagi saya:
apa yang memaksa saya untuk bertindak seperti itu adalah ketidakadilan yang menimpa rakyat saya, dan bagaimana para penjajah amerika memalukan tanah air saya dengan menginjak-injaknya.
Selama beberapa tahun terakhir, lebih dari satu juta orang telah mati oleh peluru penjajah dan Irak sekarang dipenuhi lebih dari lima juta anak-anak yatim, jutaan janda dan ratusan ribu orang cacat. Banyak jutaan orang yang kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar negeri.
Kami pernah menjadi suatu bangsa di mana orang Turki, Kurdi, Asiria, Sabean dan Yazid berbagi roti setiap harinya. Kami berkongsi rasa lapar di bawah blokade/sanksi selama lebih dari satu dekad. Kesabaran dan solidariti kami tidak membuat kami lupa kepada penindasan amerika ( sebelum mereka menjajah). Kini penjajahan mencerai-beraikan kami, saudara dari saudara, tetangga dari tetangga. Menghambat kami dari rumah ke khemah-khemah pelarian dan tempat kematian.
Saya bukanlah pejuang, tapi saya mempunyai pendirian dan sikap. Memalukan sekali melihat negara saya begitu dihina, Baghdad dibakar, dan rakyat kami dibunuh. Ribuan peristiwa yang begitu tragis bersarang di kepala saya, ini mendorong saya untuk melakukan konfrontasi.
Skandal di Penjara Abu Ghraib. serangan keatas Fallujah, Najaf, Haditha, Sadr, Basra, Diyala, Mosul, Tal Afar, dan setiap inci tanah kami yang terluka. Saya berjalan di atas tanah yang terbakar dan melihat dengan mata kepala sendiri penderitaan mangsa, mendengar dengan telinga saya sendiri jeritan anak-anak yatim dan mereka yang bersedih. Yang lebih parah adalah perasaan malu yang teramat dan menghantui saya kerana saya tak mampu berbuat apa-apa.
Setelah menyelesaikan tugas kewartawanan dalam melaporkan kejadian harian, sementara saya membersihkan sisa-sisa runtuhan rumah-rumah rakyat Irak, atau darah yang terkena pakaian, saya selalu merapatkan gigi dan berjanji akan membalas dendam terhadap mangsa dan korban di Iraq.
Kesempatan itu datang, dan saya menerimanya.
Saya mengambilnya dari kesetiaan kepada setiap titisan darah yang menitik dari mangsa mangsa yang tidak bersalah, dari setiap jeritan ibu yang berduka, dan dari jeritan anak-anak yatim piatu, kepiluan dan kesedihan oleh mangsa perrkosaan.
Saya berkata kepada orang-orang yang mencela saya, apakah anda tahu berapa banyak rumah yang sudah ibinasakan ? Berapa kali kah kasut-kasut mereka telah menginjak darah mangsa yang tidak bersalah? Mungkin kasut adalah jawaban yang paling tepat ketika semua nilai itu dilanggar.
Ketika saya melemparkan kasut kearah George Bush, saya menyampaikan penafian terhadap pembohongannya dengan penjajahan terhadap negara saya, berterusan mencuri kekayaan negara saya, menghancur infrastrukturnya, dan yang lebih perit, mengusir anak-anak lelaki kami, -ramai yang hilang sehingga sekarang.
Saya mohon maaf, jika saya menyalah gunakan tugas kewartawan ini. Apa yang saya lakukan hanyalah luahan perasaan dan hati nurani seorang warganegara yang melihat tanah airnya dinodai setiap hari. Kewartawanan ditangisi di bawah naungan penjajahan yang tidak boleh bersuara lebih dari suara patriotisme.
Dan jika patriotisme boleh berbicara, maka kewartawanan/profesionalisma harus bersama dengannya.
Saya tidak melakukannya supaya nama saya masuk terpapar dalam sejarah atau untuk keuntungan kebendaan. Yang saya inginkan hanyalah untuk membela negara saya. (guardian)

Thursday, September 24, 2009

Hasan Ali sokong (sayang) Khir Toyo























Hasan Ali sokong Khir Toyo
Datuk Seri Dr. Muhamad Khir Toyo tentu amat gumbira bila mana pendapatnya mendapat sokongan daripada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor dan merupakan Pesuruhjaya PAS negeri.

Khir Toyo telah mengesyorkan keanggotaan Selcat dirombak. Datuk Dr Hasan Ali juga turut berpendapat demikian.

Orang tidak marah kepada Khir Toyo bila mengemukakan pendapat tersebut kerana itu memang kerja pembangkang untuk menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kerajaan negeri Selangor. Tetapi orang sangat marah kepada Hasan Ali apabila dilihat seolah-olah menyokong saranan Khir Toyo tersebut.

Adakah kenyataan dua orang doktor ini terjadi secara kebetulan atau sengaja dirancang? Kalau ianya terjadi secara kebetulan, nampaknya fikrah dan naluri mereka ini nampaknya sealiran.

Kalau ianya sengaja dirancang, maknanya ini satu kerja komplot untuk mensabotaj usaha-usaha untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat menyifatkan, selaku anggota eksekutif yang turut terlibat dalam penubuhan Selcat tahun lalu, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Pesuruhjaya PAS negeri, tidak sepatutnya mempertikaikan badan itu secara terbuka dengan membelakangkan kepentingan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, "Apa pun isu ini tidak seharusnya dibangkitkan secara publik. Dengan bertindak sedemikian, ini sudah macam menafikan hak yang pada legislatif itu sendiri,"

Selain itu menurut beliau, dalam dunia sebenar tiada pihak yang disoal siasat oleh mana-mana jawatankuasa pernah atau akan gembira dengan cara dan prosedur siasatan dijalankan.

Oleh itu, ujar beliau, Hasan perlu memahami bahawa Selcat atau apa jua jawatankuasa sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, anggotanya adalah terdiri daripada wakil rakyat, bukannya orang luar.

"Jadi bagaimana anggota Selcat boleh dianggotai oleh orang luar, macam bekas hakim? Jika pun Hasan tidak bersetuju, beliau seharusnya membawa isu ini kepada mesyuarat Exco untuk dibincangkan secara lanjut.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengulas isu tersebut dengan berkata, "Beliau harus mencerminkan semangat berpasukan walaupun kita tidak gembira dengan keputusan-keputusan yang telah dibuat... bukannya membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan, tidak sewajarnya membuat kenyataan seumpama itu di khalayak umum,"

Dalam laporan terbaru, Dr Hasan menafikan beliau pernah mencadangkan agar keanggotaan Selcat dirombak dan dilantik daripada kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan.

“Apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Diraja demi memelihara kehormatan institusi Selcat itu sendiri," katanya.

Anggota Selcat terdiri daripada Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim merupakan Pengerusinya.
ctr+c & ctr+v from :http://alhusseyn51.blogspot.com/

Sultan mahu rakyat sokong k'jaan BN<---- statement merepek apa ni

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan BN agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.

Sambil memberi contoh pembinaan jambatan Kuala Krau merentangi Sungai Pahang yang berharga RM64 juta, baginda bertitah usaha itu merupakan agenda pembangunan mapan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di kedua-kedua belah sungai berkenaan.

"Jambatan Kuala Krau berfungsi memendekkan perjalanan di antara Bandar Tun Razak, Jengka dengan Kuala Krau 20 minit berbanding satu jam sebelum ini yang jaraknya sejauh 55 kilometer.

"Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang penduduk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran," titahnya kepada pemberita selepas melawat tapak jambatan Kuala Krau hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, anggota parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamad Said, ADUN Jenderak Datuk Mohamad Jaafar dan pegawai daerah Temerloh Datuk Dr Salehudin Ishak.

Dalam pada itu, baginda turut meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membina laluan motosikal bagi menjamin keselamatan penunggang yang melalui jambatan berkenaan.

Terdahulu, Pengarah JKR Pahang Datuk Ir Rosman Yahaya dalam taklimat ringkas kepada baginda berkata, jambatan yang mula dibina pada Ogos 2007 itu dijangka siap pada Februari tahun depan dan kini ia sudah 82 peratus siap.

Katanya jambatan empat lorong sepanjang 490 meter dan lebar 13.9 meter itu mempunyai reka bentuk yang menarik dan bakal menjadi mercu tanda bagi kawasan parlimen Kuala Krau. BERNAMA

Ps/ NI satu lagi kenyataan yg cuba menipu Orang Melayu.. kang aku cakap lebih2 kang mulalah kata aku menderhaka... sebenarnya tak kira parti Yahudi ke palestin ke BN ke PR ke.. kalau memerintah memang menjadi tanggung jawab untuk membantu rakyat.. kerana duit yg kerajaan gunakan pun adalah dari hasil2 cukai dara rakyat juga... Lain lah klu Adnan Yaakob kuar duit poket sendiri buat jambatan..

Thursday, September 17, 2009

Parti politik dilarang berkempen dalam kem tentera

dari utusan meloya

18/09/2009 11:54am

Berita tersurat :

SEREMBAN 18 Sept. — Parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

“Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik.

Kalau dia nak berpolitik lepas bersara, itu lainlah,” katanya kepada pemberita di sini selepas menyampaikan sumbangan hari raya Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat Negeri Sembilan kepada 234 penerima melalui skim bantuan kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Semalam, Pemuda Pas mendesak agar parti itu dibenarkan berkempen di kem-kem tentera pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada 11 Okt ini.

Terdapat beberapa kem tentera dalam kawasan itu yang didiami ramai pengundi pos terdiri anggota tentera.

Abdul Latiff berkata, anggota tentera dibenarkan mengundi pada pilihan raya kerana itu hak mereka di sisi perlembagaan negara.-Bernama

Berita Tersirat :

SEREMBAN 18 Sept. — Tentera dibenarkan berkempen dalam kem BN kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

“Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik.

Kalau dia nak berpolitik untuk BN, itu lainlah,” katanya kepada pemberita di sini selepas menyampaikan sumbangan hari raya Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat Negeri Sembilan kepada 234 penerima melalui skim bantuan kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Semalam, Pemuda Pas mendesak agar parti itu dibenarkan berkempen di kem-kem tentera pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada 11 Okt ini.

Terdapat beberapa kem tentera dalam kawasan itu yang didiami ramai pengundi pos terdiri anggota tentera.

Abdul Latiff berkata, anggota tentera dibenarkan mengundi BN pada pilihan raya kerana itu hakBarisan Nasional negara.-Tidak Bernama






Wednesday, September 16, 2009

Kakitangan awam PR dapat bonus raya

Kakitangan awam PR dapat bonus raya

SHAH ALAM - Kakitangan awam di tiga negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) mendapat ‘durian runtuh’ apabila Kerajaan Negeri masing-masing mengumumkan pemberian bonus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menariknya, habuan sebanyak RM500 kepada setiap kakitangan kumpulan sokongan di Selangor dan Kedah dibayar secara sekaligus, sementara kakitangan di Pulau Pinang menerima pembayaran dua kali secara ansuran.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM4.38 juta bagi bantuan khas kewangan bagi 2009 kepada seluruh kakitangan perkhidmatan awam untuk kumpulan sokongan di negeri ini.

“Kita telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas ini kepada semua kakitangan perkhidmatan awam dalam kumpulan sokongan di Selangor.

“Setiap mereka akan diberikan RM500 bagi meringankan beban sempena perayaan hari raya ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, hampir 9,000 kakitangan akan mendapat bantuan berkenaan dan daripada jumlah berkenaan, seramai 7,588 kakitangan tetap, 952 kontrak serta 230 kakitangan sambilan akan menerima bantuan tersebut.

“Bantuan berkenaan akan diberikan sepenuhnya sebelum hari raya ini. Ini berbeza apa yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan yang mana mereka dibayar dua peringkat yang mana RM250 sebelum raya dan selebihnya dibayar selepas raya,” katanya.

Di ALOR SETAR, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.65 juta untuk membayar bonus berkenaan, RM2.47 juta kepada kaki tangan berjawatan tetap dan selebihnya kepada kakitangan kontrak, sementara dan sambilan.

Katanya, ganjaran ini diterima 5,300 pekerja di mana 4,950 adalah kakitangan tetap dan 350 adalah kakitangan kontrak, sementara dan sambilan.

“Semua pekerja kumpulan sokongan sama ada berjawatan tetap, sementara atau kontrak akan menerima bonus ini. Kita harap bayaran bonus ini dapat menceriakan sambutan Aidilfitri ini,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Sementara itu di PULAU PINANG, Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan bayaran khas RM500 kepada 3,299 pegawai kumpulan sokongan negeri itu tetapi bayaran khas itu dibuat dengan dua ansuran.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, arahan pembayaran RM500 ini akan dikeluarkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan semua agensi Kerajaan Negeri.

Katanya, pembayaran pertama RM250 akan dilakukan hari ini bagi membolehkan wang itu digunakan untuk menyambut Aidilfitri manakala bakinya dibayar akhir Disember.

“Bayaran ini akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM1,649,500 dan gaji juga akan dibayar lebih awal untuk dua bulan ini untuk menyambut dua perayaan iaitu Hari Raya Puasa dan Deepavali,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Malaysia 2009 di Dewan Tunku, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), semalam.

di petik dari sinarharian

P/s Semoga MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz akan mengambil langkah yg sama seperti Negeri yg di perintah oleh PR.

Huhuhuh Malang Sungguh Perak Bermenteri Besar Haram. Klu tak pasti Kakitangan awam di negeri Perak Juga akan dapat bonus raya

Tuesday, September 15, 2009

PKR hulur hadiah pada keluarga Rosmah

Jimadie Shah Othman
Sep 16, 09
12:57pm
Seminggu menjelang sambutan Aidilfitri, ahli keluarga terdekat isteri perdana menteri Rosmah Mansur - seperti pernah dilihat dalam siri klip video di Internet - mendapat hadiah dan duit raya daripada Angkatan Muda PKR.

NONEKetuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, hampir 10 pemimpin sayap kanan PKR itu mengunjungi ibu saudara dan sepupu isteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Mertang, Kuala Pilah kelmarin.

"Kunjungan ini untuk mencari kebenaran. Kalau sebelum ini, kita lihat kehidupan mereka dalam Youtube sahaja.

"Keadaan mereka amat daif. Kita berikan bantuan sekadar termampu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam beberapa klip video tersebut, anggota keluarga dekat Rosmah itu melahirkan rasa tidak senang dengan sikap wanita pertama negara yang tidak lagi mengunjungi mereka dan kampung asalnya itu.

Rosmah bagaimanapun tidak pernah memberikan reaksinya berhubung kandungan video tersebut, atau mengesahkan mereka anggota keluarganya, yang kelihatan memaparkan imej negatif

from.. http://malaysiakini.com

Perjalanan percuma di lebuh raya karak, LPT

15/09/2009 12:24pm

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Semua pengguna Lebuh Raya Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) akan menikmati perjalanan percuma tanpa tol pada 18 dan 24 September ini.

Perjalanan percuma itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi pada hari berkenaan.

Demikian diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmi Khalid.- Utusan


P/S Ini Datuk mau kasi bunuh orang.. jam 12.00am hingga 5.00am bukan lah waktu yg sesuai untuk memandu dalam jarak perjalanan yang jauh... Tak caya tanya www.miros.gov.my

Thursday, September 10, 2009

KERETA PROTON - 1MALAYSIA KENA TIPU


Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi????


istimewanya orang Arab?


"Rakyat didahulukan".....
orang Arab lebih diutamakan?


.....Jawapannya ialah.....Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu .....Hahaha


Persona kat Saudi = SR 36,100>

Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600


Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94


Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje


Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje



Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje...



Tu dah siap masuk tambang kapal pulak tu...



Haaaa....Ini baru harga Proton....Kalau aku tunjuk harga kereta bukan
Proton, ada yang sakit jantung nanti....

Haaaaaaa fikir-fikirkan lah

Wednesday, September 9, 2009

Kumpulan Sokongan Dpt RM500

Kumpulan Sokongan Dpt RM500
Datuk Najib baru mengumumkan kum sokongan dpt bantuan RM500 dibyar separuh sebelum raya dekat sekolah nanti dibayar RM250....

hehhee mat Monggol dah abiskan duit, Duit rakyat dah abis wat pancing undi untuk 7 pilihan raya kecil yg lalu...

Khalid Kesal Kad Ucapan Hari Raya Tidak Disampaikan

Wednesday, 09 September 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 9 September - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal apabila dua guni kad ucapan Hari Raya beliau, dijumpai tersadai di sebuah pondok pengawal keselamatan di Bandar Tun Razak.

Menurutnya, kad ucapan tersebut sepatutnya diedarkan kepada penduduk Bandar Tun Razak yang juga penyokongnya sebagai tanda ingatan sempena hari raya.

Tan Sri Khalid berkata, pihaknya telah menghantar kad-kad tersebut beserta dengan stem dan sepatutnya tiada masalah dalam penghantaran itu.

“Perkara ini akan diperhatikan dan kita selidiki, apa alasan pihak pos untuk tidak menghantar surat-surat tersebut, lagipun surat-surat itu sudah distem, maknanya sudah dibayar, sekurang-kurangnya ia akan dihantar kepada orang yang sepatutnya dihantar,” katanya.

Menurut Tan Sri Khalid lagi, alamat penerima yang diperolehi juga adalah tepat iaitu daripada data pengundi kawasan itu dan pihak Pos Malaysia sepatutnya memaklumkan kepada beliau sekiranya alamat penerima tersebut tidak tepat.

“Alamat yang diberikan oleh pengundi-pengundi, mendapat alamat pengundi melalui data yang dinyatakan dalam SPR. Dan alamat itu sepatutnya akan sampai ke tangan orang yang dihantar,” katanya.

“Kemudian kalau tak sampai, mereka akan maklumkan samada orang itu ada atau tidak,” katanya.

Dua guni kad ucapan daripada Tan Sri Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu ditemui di pondok pengawal kawasan itu sejak Jumaat lalu.

Pengawal di situ terpaksa memaklumkannya kepada Pegawai Khas Tan Sri Khalid, Othman Karim apabila tiada sebarang respon yang diterima daripada posmen yang bertugas di kawasan itu.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

Kenaikkan harga minyak disambut penuh kesyukuran


Kuala Lumpur , 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.

Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh , berkata,"Bahasa Malaysia , shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh.

Tuesday, September 8, 2009

Bongkar Penipuan Undi Pos


BBagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos haram.

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.

Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.

Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).

Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.

Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam. Sila klik disini untuk ke laman web SPR untuk membuat semakan.

Anggota tentera ini telah bersara pada 4 Feb 2009

1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148,1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.

A-I-B: Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR. - payahsungguh

diambil dr : http://greenboc.blogspot.com

P/s : Oiittttt ini main bangsat... klu kelentong camni Democratic Party Obama pun bleh lingkup... Hamas pun boleh lingkup...

Tuesday, September 1, 2009

SPR putuskan tidak ada kekosongan di Kota Seputeh

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memutuskan tidak ada kekosongan di Dun Kota Seputeh, Kedah walaupun Speaker Dun Kedah memohon pilihan raya diadakan di kawasan itu.

"SPR juga memutuskan bahawa kerusi Adun Kota Siputeh masih disandang oleh Datuk Abu Hassan Sarif yang beliau menangi dalam pilihan raya umum ke-12 yang lepas," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang tadi.

Speaker Dun Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, menghantar surat kepada SPR memaklumkan kekosongan di kerusi itu berikutan kegagalan Adunnya, Dato' Abu Hassan Sharif menghadiri dua kali sidang Dun secara berturut-turut.

Mengikut peraturan dalam Dun Kedah, mana-mana Adun yang gagal menghadiri sidang Dun dua sessi berturut-turut tanpa kebenaran dari Speaker akan hilang kerusinya.

Dalam ulasan spontannya, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, keputusan ini membayangkan sikap sebenar badan yang dikatakan bebas itu.

"Peraturan ini bukannya baru dan dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tetapi peraturan yang telah sedia ada. Nampaknya SPR lebih senang menafikan peraturan ini," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun, Salahudin tidak terkejut dengan keputusan ini kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah membayangkan tindakan yang perlu diambil oleh SPR sebelum ini.

Abu Hasan Sarif tidak pernah memaklumkan kepada Speaker DUN atau pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tentang ketidakhadiran beliau ke sidang DUN yang diadakan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan sendiri tidak hadir pada Sidang Dewan pada 19 April sebelum itu bermakna dia tidak hadir dua kali bertutut-turut.

Menurut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan.

Abdul Isa, Abu Hassan hanya memaklumkan perkara demikian kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Mahdzir Khalid melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut Pengerusi SPR, pihaknya telah meminta nasihat dari Jabatan Peguam Negara sebelum membuat keputusan dalam mesyuarat mereka hari ini.

SPR memutuskan bahawa berdasarkan kepada takrif perkataan consecutive meetings, Mesyuarat Kelima Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah dan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah bukanlah consecutive meetings dalam erti kata Perkara 51.

Sehubungan itu, adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa Abu Hassan tidak hadir dalam dua mesyuarat berturut-turut.

Abdul Aziz berkata, SPR berpendapat "ini adalah kerana mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN berkenaan bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan."

"Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut bagi dua penggal yang berbeza. Tempoh masa antara penggal persidangan pertama dan penggal persidangan kedua ialah selama tiga bulan 20 hari," katanya.

Kata Abdul Aziz lagi, setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, ia memutuskan bahawa mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN Kota Siputeh bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan dalam erti kata Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman.

Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut untuk dua penggal yang berbeza, jelas beliau.

"Surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh diterima oleh SPR sebagai penjelasan mengenai ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat Dewan pada 9 Ogos 2009.

"SPR juga mendapati bahawa kegagalan ADUN Kota Siputeh itu menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal (selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2009) tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal.

"SPR berpendapat bahawa sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan. SPR memutuskan bahawa tiada berlaku apa-apa kekosongan pada kerusi Kota Siputeh," katanya.

Sementara itu, Speaker DUN, Abdul Isa akan membuat kenyataan esok mengenainya selepas meneliti alasan yang diberikan oleh SPR.

P/s : Lepas ni sesiapa pun bebas nak datang atau tak sidang DUN. Kalau bekerja.. sure punya 2 kali x dtg tanpa kebenaran surat amaran pasti di berikan...di syorkan speker perak menggangtung terus Adun tersebut selama setahun dan kemudahan-kumudahan elaun-elaun sebagai adun turut di gantung.