Nuffnang

Saturday, September 4, 2010

'Payu dara Lana ori' ‘Lin Tetek’

Pelik tul gua citer2 cam gini KDN xde plak amik tindakan gantung permit.... editor pun satu... bulan2 puasa citer pasal tetek ori ke tak ori... ni dah bikin bik mama marah ni.. xde orang interview ke dia punya ori ke tak



pix_gal0
APABILA menyebut Lana Nordin, 31, ramai yang tidak dapat mengingati drama lakonannya, namun dia lebih menonjol gara-gara dirinya yang sering tampil seksi menghiasi dada akhbar mahupun majalah hiburan sehingga pernah mendapat jolokan Pamela Anderson Malaysia apabila dikatakan memiliki saiz buah dada yang besar berbanding saiz badannya yang kecil dan tidak tinggi!

Sekalipun dirinya tidak popular berbanding aktres hebat lain seperti Tiz Zaqyah, Scha Al-Yahya dan Nora Danish (sekadar menyebut beberapa nama), namun Lana mampu hidup mewah - kereta, rumah dan aksesori sehinggalah percutiannya ke luar negara, terus mendapat perhatian ramai kerana tidak semua artis berkemampuan seperti dirinya.

Justeru, timbul cakap-cakap belakang yang mendakwa segala kemewahan yang dimilikinya itu ditaja seseorang bergelar VIP. Ruangan pojok Al-Kisah... kelolaan Raja Nurfatimah Mawar terbitan B*POP 25 Julai lalu memaparkan gosip ‘Artis seksi dulu pelacur’. Ada yang mengaitkan artis itu kononnya juga ialah Lana. Sejauh mana kebenaran tuduhan itu? Gosip berkenaan mendedahkan sama ada artis berkenaan masih menjual diri hingga kini, tak dapat dipastikan. Lana juga dikatakan kononnya menjadi perempuan simpanan seorang anak hartawan. Kisah cinta Lana dengan anak VIP itu khabarnya sudah menjadi buah mulut orang, namun Lana menafikan perhubungan berkenaan.

Lana tampil memberi penjelasan kepada B*POP kali ini bagi mengelak fitnah terhadap dirinya berterusan.

“Ketika bersekolah dulu, saya berlagak seperti tomboy tapi bertudung. Selepas meninggalkan alam persekolahan, saya ada ramai kenalan di kalangan ‘lelaki lembut’. Mereka memberi gelaran ‘Lin Tetek’ kepada saya kerana memiliki saiz buah dada 34B! Buah dada saya asli! Justeru, memang daripada dulu lagi orang asyik bercakap mengenai saiz buah dada saya sehinggalah hari ini,” katanya.

Gosip terbaru kononnya berkaitan diri Lana disiarkan ruangan pojok, Dengarnya... Oleh Normah Becok terbitan Berita Harian 27 Ogos lalu, yang melaporkan ‘Pelakon drama cantikkan payu dara di luar negara’. Kononnya pelakon berkenaan sanggup berhabis duit ke luar negara semata-mata nak membentuk semula payu daranya. Sekali lagi nama Lana dikaitkan sebagai pelakon drama berkenaan. Lana turut menafikan gosip itu adalah dirinya sambil menyifatkan isu yang diperkatakan adalah membosankan!

“Hanya kerana saya bertubuh kecil dan memiliki saiz buah dada 34B, orang kata saya ‘buat’ payu dara! Sedangkan saya bercuti ke London dan Paris selama tiga minggu baru-baru ini untuk bertemu kawan lama yang tak pulang berhari raya, selain menandatangani surat akuan sepupu saya yang berdepan masalah kesihatan. Bukannya saya ke sana untuk membentuk semula payu dara atau silikon dah lari!,” katanya memberi penjelasan.

Bagi Lana, kerjaya lakonan bukan sumber pendapatan utamanya kerana berlakon adalah sekadar untuk suka-suka.

“Lakonan bukan punca rezeki saya yang utama. Saya sekadar seronok nak berlakon. Sebenarnya saya memiliki syarikat pembinaan milik sendiri. Kepada pihak yang menuduh saya melacurkan diri, menggelar diri saya pelacur kelas atasan, tampillah ke depan membuat pengakuan. Sesiapa juga kononnya pernah melanggan saya, tampillah buat pengakuan.

“Ketika bekerja dengan syarikat berkenaan (milik orang lain), rekod saya bersih. Saya pernah ditawarkan untuk menyambung kontrak, tapi saya buat keputusan berhenti saja, saya penat. Saya berhenti dari syarikat itu sebab dah tamat kontrak, bukannya rahsia saya melacurkan diri terbongkar, saya malu, lalu buat keputusan berhenti kerja, semua dakwaan itu tidak benar, saya bukan pelacur kelas atasan!

“Mengenai menjadi perempuan simpanan anak hartawan, bagi saya istilah berkenaan merujuk kepada wanita yang disimpan oleh lelaki yang sudah berumah tangga, walhal teman lelaki saya masih bujang! Saya mengaku, saya memang berkawan dengan anak VIP. Kami sudah menjalin persahabatan lebih 10 tahun. Kami pernah beberapa kali terputus hubungan kemudian menjalin semula hubungan itu.

“Teman lelaki saya itu bukan sepenuhnya menaja keperluan saya, sebaliknya dia hanya membantu. Sekiranya saya ditaja sepenuhnya, tak perlulah saya bekerja lagi, saya jadi lady of leisure! Sewa rumah kadang-kadang saya bayar, ada kalanya dia. Apabila kami keluar shopping, dia membelikan saya barangan berjenama mewah kerana dia lebih berkemampuan daripada saya dan perkara itu menjadi kelaziman kepada pasangan bercinta.

“Ini bermakna saya bukanlah perempuan simpanan kepada anak VIP itu. Kami masih berkawan seperti biasa, cuma ketika ini perhubungan kami berdepan sedikit masalah. Dah 10 tahun kami seperti ini... on and off,” kata Lana.

No comments:

Post a Comment