Nuffnang

Wednesday, September 1, 2010

Duit Raya - Negeri BN..???..tak ada duit kaa..??

Duit Raya - Negeri BN..???..tak ada duit kaa..??

Bonus Raya: Semua Negeri Pembangkang Berjaya Melaksanakan Tanggungjawab, Apa Cerita Negeri BN Terutamanya Negeri PM DanTPM Itu Agaknya!

Pengumuman Kerajaan Negeri Kelantan memberikan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 kepada lebih 5,000 orang kakitangannya sebelum Aidilfitri ini telah melengkapkan senarai sumbangan kebajikan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat. Sebelum ini Pulau Pinang menjadi negeri terawal membuat pengumuman tersebut, kemudian diikuti oleh Selangor dan Kedah. Maka dengan ini terbukti sekarang bahawa negeri-negeri yang ditadbir oleh "pembangkang" lebih menghargai sumbangan kakitangan awam mereka biarpun dalam keadaan serba kekurangan.

Ternyata kini juga bahawa, negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang sanggup mengeluarkan peruntukan tersebut biar pun mereka disekat untuk mendapatkan banyak peruntukan oleh kerajaan pusat dalam melaksanakan pembangunan negeri masing-masing. Tahniah kepada kakitangan awam di negeri berkenaan yang terus berkhidmat cemerlang biarpun berbagai "tohmahan" dilontarkan kepada kepimpinan negeri tersebut.

Hasilnya, pencapaiaan negeri dari sudut ekonomi terus meningkat dan ada yang mengatasi negeri-negeri dibawah pentadbiran UMNO BN selama ini. Malah, peningkatan hasil negeri juga dilihat berlipat kali ganda akibat mengamalkan corak pentadbiran yang telus dan berhemah. Inilah yang amat ditakuti oleh puak-puak UMNO BN sebenarnya. Mereka takut melihat kerajaan negeri pembangkang yang telah disekat berbagai peruntukan tetapi masih berjaya membangunkan negeri terbabit.

Malah, berjaya memberi sumbangan berbentuk wang ringgit kepada kakitangan mereka. Masalahnya sekarang, apa cerita di negeri-negeri BN yang sehingga setakat ini hanya beberapa kerat sahaja yang menghargai kakitangan awam di negeri masing-masing?. Tambah memilukan ialah negeri asal Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sendiri iaitu Pahang dan Johor. Khabarnya, sehingga ke saat ini masih belum nampak petanda yang bantuan "bonus raya" itu akan menjadi kenyataan. Maka itu, terbuktilah kini, siapakah yang lebih prihatin dalam membela nasib rakyat itu sebenarnya.

Mereka bukan tidak mahu memberi, tetapi terpaksa berfikir dua tiga kali bagi tujuan tersebut. Mungkin kerana "kantung" kerajaan negeri yang akan kempis atau pun banyak duit kerajaan yang dibelanjakan tidak berhemah sehingga menyebabkan mahu memberi bantuan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam sekali pun mereka terpaksa berkira-kira atau tidak mampu berbuat demikian. Inilah yang amat merisaukan mereka.

[Kini terbukti, barulah raya mula sedar bahawa siapakah sebenarnya yang benar-benar jujur, ikhlas serta prihatin dengan nasib rakyatnya. Orang yang bertanggungjawab perlulah cepat membuat keputusan biar pun ia tidak popular. Langkah melengah-lengahkan sesuatu keputusan yang amat ditunggu seperti ini, seolah-olah sengaja mempermainkan kakitangan awam di negeri mereka. Maka itu, kita tidak hairan banyak berlaku kepincangan dalam pentadbiran kerajaan di negeri-negeri terbabit. Sepatutnya, sebagai "juara rakyat" negeri yang ditadbir oleh UMNO BN perlu lebih awal membela nasib rakyat mereka. Apatah lagi jika negeri terbabit adalah negeri asal pemimpin mereka sendiri. Inilah yang berlaku kepada Pahang dan Johor sebenarnya. Apakah mereka berpeluang untuk menikmati bantuan itu atau sebaliknya. Jika keputusan seperti ini pun tidak mampu diumumkan oleh kerajaan negeri masing-masing, maka apatah lagi keputusan besar yang membabitkan kepentingan rakyat itu sendiri. Akhirnya, terbuktilah kepada kita bahawa UMNO BN tidak serius untuk melaksanakan tanggungjawab membela nasib rakyat mereka. Pilihan yang ada ialah jatuhkan kerajaan negeri terbabit dalam pilihanraya umum akan datang. Ajar mereka, biar mereka tahu "langit itu tinggi atau rendah". Malah, mana perginya laungan "rakyat didahulukan" itu].
http://pahangdaily.blogspot.com/2010/09/bonus-raya-semua-negeri-pembangkang.html

No comments:

Post a Comment