Nuffnang

Wednesday, October 27, 2010

Bangla Di cekup di rumah Janda

KULIM: Perbuatan mencurigakan beberapa lelaki warga asing yang sering memasuki rumah seorang jiran berstatus janda akhirnya terjawab apabila rumah berkenaan diperiksa Penguat kuasa, Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK).

Pengadu terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tidak tahan melihat lelaki dipercayai warga Bangladesh sering mengunjungi rumah janda itu setiap kali masuk waktu solat Jumaat, Maghrib atau Isyak.

“Ada ketikanya bukan seorang, malah beberapa orang lelaki Bangladesh masuk pada waktu yang sama membuatkan saya curiga,” katanya.

Menurutnya, dia bertambah curiga apabila mengetahui rumah itu dihuni seorang janda berusia 50 tahun, manakala anaknya tidak tinggal bersamanya.

Sementara itu, pemeriksaan Penguat kuasa PADK ke atas rumah itu pada jam 11.15 malam kelmarin menemui seorang wanita berusia 50 tahun dan pasangannya warga Bangladesh berusia 30 tahun di dalam rumah itu.

Bagaimanapun, anggota PADK terpaksa menunggu lebih lima minit sebelum wanita itu membuka pintu rumahnya dan mendapati seorang lelaki warga asing turut berada di dalam rumah itu dipercayai tiada hubungan muhrim dengan wanita itu.

Ketua Unit Penguat Kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, mereka bertindak atas maklumat orang awam dan melakukan pemeriksaan ke atas rumah itu.

“Siasatan awal mendapati pasangan itu mengakui sebagai pasangan kekasih, manakala lelaki warga Bangladesh itu memberi alasan kepada penguat kuasa dia menghantar makanan kepada pasangannya.

“Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada mereka akan berkahwin, lelaki itu menolak untuk berkahwin sebaliknya wanita itu bersungguh-sungguh berkata mereka akan berkahwin,” katanya.

Pasangan itu dipercayai bekerja di kilang yang sama dan mulai menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

“Mereka dibawa ke balai polis Lunas untuk membuat laporan dan akan disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enekmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.

“Sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 seorang,” katanya.

No comments:

Post a Comment