Nuffnang

Monday, June 7, 2010

Perkahwinan Pasangan Pembawa Virus HIV

Allhamdulillah... Semoga Sinar kebahagian menjadi milik mereka... amin...


JOHOR BAHRU: “Hari ini menjadi detik penuh bermakna bagi kami kerana bukan saja impian membina mahligai tercapai, malah sudah tiba masa untuk berterus-terang dengan keluarga kami sebenarnya pembawa virus HIV selepas hampir empat tahun menyimpan rahsia itu,” kata raja sehari, Mohd Shah Khalid, 34, semalam.

PASANGAN ISTIMEWA...Mohd Shah dan Nik Aslishaz diraikan pada majlis  perkahwinan mereka, semalam.
PASANGAN ISTIMEWA...Mohd Shah dan Nik Aslishaz diraikan pada majlis perkahwinan mereka, semalam.
Dia yang berasal dari Batu Pahat di sini, berkata, biarpun berita berkenaan memberi kejutan kepada kedua-dua keluarga, namun mereka tetap memberi restu dan meraikan majlis itu bersama isteri, Nik Aslishaz Mustapha, 33, di Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan di Jalan Wijaya, Taman Abad di sini, semalam.

Menurutnya, seperti pasangan mempelai normal lain, dia dan isteri juga mengimpikan kehidupan bahagia sepanjang hayat dan mereka kini lebih berfikiran terbuka menghadapi sebarang cabaran bagi melaksanakan tanggungjawab suami isteri.

“Sebelum ini, saya mahupun isteri yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan terpaksa merahsiakan perkara itu kerana bimbang menyinggung perasaan keluarga selain menimbulkan masalah tidak diingini.

“Saya mula menghidap virus berkenaan sejak empat tahun lalu akibat terbabit dalam penagihan dadah manakala isteri pula disahkan menghidapi virus berkenaan akibat jangkitan daripada bekas suaminya yang sudah meninggal dunia.

“Pada awalnya, saya hampir putus asa selepas disahkan menghidapi virus berkenaan dan menjangka mungkin terpaksa membujang seumur hidup tanpa menikmati kebahagiaan kehidupan berumah tangga.

“Namun, kini saya sedar bahawa hidup, mati, rezeki dan jodoh adalah ketentuan Allah,” katanya,

Menyingkap detik perkenalannya bersama suami, bekas janda anak tiga itu berkata, hubungan percintaan mereka mula berputik apabila bertemu suaminya yang juga penyelaras Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan dalam satu program amal dan selepas bertukar nombor telefon, mereka sering berhubung bagi bertanya khabar.
Menurutnya, tidak dijangka, perkenalan kurang setahun itu akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin dan berterima kasih kepada semua tetamu memberi sokongan moral.

“Biarpun bergantung kepada ubat-ubatan bagi mengelak jangkitan, saya dan suami bercadang untuk aktif menjalankan lebih banyak program amal dan memupuk kesedaran masyarakat mengenai virus HIV.

“Kami juga berhasrat mengikis stigma masyarakat mengenai pembawa virus HIV dalam kalangan masyarakat,” katanya yang menerima mas kahwin RM22.50 serta sebentuk cincin daripada suaminya.

Mempelai berkenaan turut menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Puteri, Adam Sumiru dan Pengurus Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan, K Rasasoran.

No comments:

Post a Comment