Nuffnang

Tuesday, June 8, 2010

Pembantu kesihatan curi pakaian dalam wanita

Adoiii yaaaa pembantu kesihatan ni sihat ke tak sihat ni... abis anak dara di dungun dan marang punya pakaian di rembat....

http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/100608163301.jpg

KUALA TERENGGANU 8 Jun - Seorang lelaki yang ditahan selepas dipercayai penagih pil kuda di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang hari ini benar-benar mengejutkan anggota polis yang menyerbu rumahnya.

Ini kerana dalam serbuan 'Ops Tapis' kira-kira pukul 2.45 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Marang menemui kira-kira 400 seluar dalam wanita terpakai pelbagai jenama dan saiz termasuk 10 helai coli.

Lelaki itu yang berusia 39 tahun bekerja sebagai pembantu kesihatan di sebuah klinik kesihatan di Marang, masih belum berkahwin dan tinggal seorang diri di rumah milik keluarganya.

Lebih mengejutkan, polis yang memeriksa lelaki itu mendapati dia memakai seluar dalam wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, polis menahan suspek kerana sebelum ini dia merupakan penagih pil kuda.

"Suspek pernah terlibat dalam dua kes dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kini dalam proses pendakwaan.

"Saringan air kencing yang dijalankan hari ini juga menunjukkan dia positif mengambil dadah," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, polis menemui ratusan seluar dalam di dalam almari lelaki itu dan ini menimbulkan kehairanan kerana suspek tinggal seorang diri dan masih bujang.

"Setelah disoal siasat, dia akhirnya mengaku mencuri sebahagian seluar dalam wanita berkenaan dari ampaian di kawasan perumahan tempat dia tinggal semasa bertugas di Dungun dan Marang.

"Suspek yang dilihat normal turut mengaku suka memakai seluar dalam wanita sejak di bangku sekolah menengah lagi," jelasnya.

No comments:

Post a Comment