| PERKASA buat laporan polis terhadap Nik Aziz |
| Salhan K Ahmad | Nov 3, 10 3:11pm |
| PERKASA sedang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli semalam. Laporan tersebut dibuat oleh naib ketua wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris di balai polis Gua Musang. Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 minit tadi dan masih berada di dalam. Difahamkan, bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz. Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama. |
| PAS: Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh rasuah |
| Salhan K Ahmad | Nov 3, 10 11:29am |
| Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.
|
| |
| SPR: Bayaran RM20 bukan rasuah |
| Aidila Razak | Nov 2, 10 4:46pm |
| Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi. Bagi membuktikan perkara itu, wartawan Malaysiakini juga beratur dan juga diberikan wang RM20 itu. Malah identiti pengenalan juga toidak lagi diminta. Aziz kemudian diminta membaca laporan berkenaan dan melihat klip video tersebut. Selepas berbuat demikian pengerusi SPR itu menghantar mesej teks kepada Malaysiakini bahawa beliau yakin bahawa wang RM20 itu adalah hanya untuk pekerja parti dan bukannya untuk pengundi. |
| Ratusan beratur di panas terik untuk dapat RM100 |
| Joseph Sipalan | Nov 3, 10 3:14pm |
| Lebih 300 orang beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi. Bagaimanapun menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada lagi wang untuk diagihkan. |
Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.
“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.
Malaysiakini sebelum ini telah melaporkan bahawa Wanita Umno dikesan menyerahkan wang RM20 kepada mereka yang sanggup memberikan butiran peribadi dan juga mendedahkan parti mana yang disokong mereka.
Kebanyakan yang beratur pada hari berkenaan adalah rakyat Malaysia keturunan Cina meskipun majlis berkenaan didakwa untuk sayap pekerja Wanita Umno.
“Selepas baca (laporan berita) saya percaya bahawa pekerja parti adalah dari seluruh Sabah dan yang penting mereka bukan pengundi Batu Sapi.
Barisan itu bergerak agak perlahan dan ramai yang terpaksa beratur di bawah panas terik sementara menunggu giliran mereka.
No comments:
Post a Comment