Nuffnang

Thursday, August 19, 2010

Guan Eng 'diserang' semasa ke majlis buka puasa

Ni mesti orang kuat umno punya korje ni... bukan aku yg kaborkan ye.. ce kamu tengok.. dema org utusan nulis.. pembangkang... di PUlau Pinang Pembangkang adalah BN, klu orang yang menyerang tu melayu.. udah sah ler demo orang UMNO tak kan gerakan atau mca pulak...



Guan Eng 'diserang' semasa ke majlis buka puasa

PULAU PINANG 19 Ogos - Semalam, kenderaan yang dinaiki Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) diserang seorang lelaki dipercayai ahli pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan cara kepimpinannya.

Dalam kejadian pada pukul 7.35 petang itu, kenderaan dinaiki beliau baru sahaja membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa dari Jalan Patani ke Lintang Kampung Rawa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Lelaki terbabit yang sebelum itu bersama seorang rakannya mengangkat kadbod tertulis Save Lot 21, 22 For Muslim Cemetery untuk menarik perhatian Guan Eng, tiba-tiba dikatakan melompat ke bonet kereta dinaiki beliau.

Dia kemudian meletakkan kadbod itu pada cermin kereta berkenaan.

Tulisan tersebut dikatakan merujuk kepada permintaan tanah di sebelah Masjid Jamek Jelutong yang dimohon kepada kerajaan negeri untuk dijadikan tanah perkuburan Islam

Semasa kejadian berlaku hanya ada pasukan daripada Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di situ dan tindakan pantas mereka menarik lelaki berkenaan berjaya menyelamatkan keadaan.

Ketua Menteri kemudian menikmati jamuan di pekarangan luar masjid bersama kira-kira 60 penduduk kawasan termasuk Ahli Jawatankuasa masjid dan kakitangan pusat khidmat DAP Sungai Pinang.

dari utusan meloya

No comments:

Post a Comment