Nuffnang

Thursday, September 17, 2009

Parti politik dilarang berkempen dalam kem tentera

dari utusan meloya

18/09/2009 11:54am

Berita tersurat :

SEREMBAN 18 Sept. — Parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

“Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik.

Kalau dia nak berpolitik lepas bersara, itu lainlah,” katanya kepada pemberita di sini selepas menyampaikan sumbangan hari raya Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat Negeri Sembilan kepada 234 penerima melalui skim bantuan kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Semalam, Pemuda Pas mendesak agar parti itu dibenarkan berkempen di kem-kem tentera pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada 11 Okt ini.

Terdapat beberapa kem tentera dalam kawasan itu yang didiami ramai pengundi pos terdiri anggota tentera.

Abdul Latiff berkata, anggota tentera dibenarkan mengundi pada pilihan raya kerana itu hak mereka di sisi perlembagaan negara.-Bernama

Berita Tersirat :

SEREMBAN 18 Sept. — Tentera dibenarkan berkempen dalam kem BN kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

“Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik.

Kalau dia nak berpolitik untuk BN, itu lainlah,” katanya kepada pemberita di sini selepas menyampaikan sumbangan hari raya Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat Negeri Sembilan kepada 234 penerima melalui skim bantuan kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Semalam, Pemuda Pas mendesak agar parti itu dibenarkan berkempen di kem-kem tentera pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada 11 Okt ini.

Terdapat beberapa kem tentera dalam kawasan itu yang didiami ramai pengundi pos terdiri anggota tentera.

Abdul Latiff berkata, anggota tentera dibenarkan mengundi BN pada pilihan raya kerana itu hakBarisan Nasional negara.-Tidak Bernama






No comments:

Post a Comment