Nuffnang

Thursday, January 13, 2011

Merajuk Dengan Allah?


‘Muallimah, apa maksud merajuk dengan Allah?’

‘Cuba fikir, kalau merajuk dengan mak macam mana? Tak nak makan, tak nak buat ini..itu. Mana boleh merajuk dengan Allah. Tak nak solat…tak nak ini, tak nak itu.’

‘Dah kalau kita tak dapat apa yang kita mintak? Dah banyak kali dah…’

‘Allah dah beri kita banyak nikmat . Takkan disebabkan Allah tak beri satu yang kita mintak, kita kufur dengan nikmat Allah’

‘Allah bagi ujian sebab nak kasi kita dapat pahala . Sakit itu dapat pahala’

‘Sakit dapat pahala?’

‘Kalau dia sabar…Kalau meratapi kenapa Allah buat macam ni, kenapa macam ni…Bukan ke Allah sebaik-baik pengatur?’

------------------------------------------------------------------------------------

Jangan Pernah Merajuk

Kau rasa seperti tidak diendahkan

Percayalah, ada yang sedang memerhatikan

Kau rasa seperti bersendirian

Percayalah, ada yang sedang menemankan

Kau rasa seperti ingin merajuk dengan Tuhan

Jangan! aku kata jangan!

DIA bukan tidak mahu mengabulkan

Cuma ingin menguji keimanan

Cuba kau terokai setiap amalan

Adakah sudah memenuhi syarat yang ditetapkan

Atau sudah dilakukan dengan penuh keikhlasan

Berusahalah dan bertawakkallah

Andai masih belum dikabulkan

Percayalah! Tidak di dunia

Adanya ia di syurga

Indah Ukhwah Islamiyyah

Indah ukhwah Islamiyyah,

Andai segalanya kerana Allah,

Kasih diikat di atas dasar aqidah,

Rindu yang bertaut pengubat resah.

Indahnya ukhwah Islamiyyah,

Nasihat dihulur tidak hanya tika dipinta,

Teguran diberi setiap masa,

Tak lekang mengingatkan diri pada Yang Esa,

Hati berzikir, wajah tunduk, mata memerah,

Indahnya ukhwah Islamiyyah,

Seorang futur, seorang lagi meransang kembali semangat,

Yang ini tersungkur, yang itu tak henti-henti memberi nasihat,

Aku terluka, dia menghantar ubat,

Dia terhiris, aku berdoa tanpa rasa penat.

Tegakkanlah kakimu tatkala berjalan,

Biar berduri, ingat! ia ada ganjaran,

Harus tulus jiwa mendambakan,

Cinta Ilahi yang tiada berkesudahan,

Itu syarat untuk kita ke syurga,

Merindukan wajah Sang Pencipta,

Kuharap dapat bertemu seorang teman seperjuangan,

Yang senantiasa memberi peringatan,

Walau didunia tidak pernah dipertemukan.

Wednesday, January 12, 2011

Pakatan Hanya Perlukan RM19 bilion

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/sepakatpakatan.jpgUntuk Laksanakan Pembaharuan 100 Hari
- Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/bukujingga.gif(Muat turun Buku Jinga Versi Terengganu yang telah dikemaskinikan: 1. muka depan 2. muka belakang)

Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

1. Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

2. Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

3. Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

4. Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.


Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.


DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
11 JANUARI 2011

Tuesday, January 11, 2011

Bantah Azan di Masjid Pantai Dalam

Teringin plak nak dgr suara2 sumbang yg komen YB teo erobik & masuk surau.. apa citer perkasa.. pejuang2 yg lain





Lesbian Melayu Di Facebook



Monday, January 10, 2011

FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th!

http://cottagestyle.com.mt/public_html/wp-content/uploads/2009/09/facebook.jpg

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg
announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, VicePresident of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private
phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better.
Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking
news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit.“Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists
estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He
says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg.
“I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After
that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

Fasha Sandha Berbikini di Bali



GAMBAR Fasha (kanan) yang dipetik daripada Internet yang menunjukkan dia memakai bikini ketika bercuti di Bali, Indonesia.


KUALA LUMPUR - Pelakon Fasha Sandha memulakan tahun 2011 dengan kontroversi apabila gambarnya memakai bikini ketika bercuti di Bali, Indonesia sempena sambutan tahun baru tersebar di Internet.

Sebanyak enam keping gambar percutiannya tersebar dengan empat daripadanya menampilkan Fasha hanya memakai bikini dengan menyarungkan pario berwarna hijau muda.

Difahamkan Fasha bercuti bersama beberapa rakan wanitanya di pulau peranginan tersohor itu sempena sambutan tahun baru selama beberapa hari.

Bagaimanapun, Fasha ketika dihubungi Kosmo! semalam enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut dan hanya menjawab melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).


Sunday, January 9, 2011

Keputusan AJL 25 Mengecewakan?

Mengejutkan. Menghampakan. Itulah antara keluhan ManggaOnline (MO) dengar daripada peminat dan rakan-rakan yang turut sama menyaksikan Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) sebentar tadi. Seakan tidak percaya keputusan yang telahpun diumumkan. Malah penonton bertindak meninggalkan stadium tika nama Ana Raffali diumumkan sebagai Juara Lagu 25. Buat pertama kalinya pemenang di booo penonton.

Entah di mana silapnya sehingga rata-rata yang menonton tidak dapat menerima kenyataan Ana Raffali merangkul anugerah berprestij ini? Ketua juri, sifu M. Nasir menjadi individu pertama dipersoal tika pemenang diumumkan, namun dia tetap yakin keputusan yang dibuat begitu tepat. Baginya laguTolong Ingatkan Aku mempunyai nilai kejujuran yang tinggi dan keputusan dilakukan dengan penuh kesedaran.

"Tolong Ingatkan Aku lagu yang sensitif, personal dan simple. Itu yang kami cari sebenarnya. Mungkin lagu ini tidak popular dan lagu lain lebih ramai peminat. Banyak lagu yang sedap tapi lemah pada liriknya. Lirik memainkan peranan yang besar kepada sesebuah lagu.

"Saya sedar keputusan ini akan dipertikaikan, namun apa yang penting rasa yang hadir dalam diri bila mendengar lagu ini. Lagu ini jujur berbanding lagu lain yang bertanding. Juri memilih lagu yang bagus, bukan lagu yang popular," ulasnya.

Saya Tak Sedih Orang Tak Suka - Ana Raffali

Pertanyaan pertama diajukan, apakah rasa hati pabila melihat hadirin bertindak meninggalkan dewan sejurus namanya diumumkan pemenang AJL 25? Ana dilihat hanya melayan perasaan dan tersenyum sendirian walau dihentam pihak media yang tidak berpuas hati dengan keputusan juri.

Kata Ana, semua berhak menyatakan pendapat, namun keputusan juri adalah muktamad dan juri lebih berhak menilai lagu terbaik untuk dinobatkan sebagai juara.

"Saya tak sedih orang tak suka kemenangan saya. Kalau orang tak suka saya nak buat macam mana. Mungkin mereka balik awal sebab tak mahu bersesak-sesak (ketawa). Ternyata saya bukan peserta pilihan mereka.

"Namun peminat kena faham keputusan juri sebab juri terdiri daripada individu berpengalaman dan bijak pandai dalam muzik. Mendapat persetujuan mereka merupakan satu kemenangan terindah.

"Nak atau tidak, saya sudah mendapat kemenangan. Lagipun masih terlalu awal untuk berkata orang tak sukakan saya. Saya masih baru dalam industri dan ini penampilan pertama dalam AJL, berilah masa dan peluang," luahnya bersyukur dikurniakan kemenangan walau diuji pelbagai masalah sebelum persembahan.

Pemenang Anugerah Juara Lagu 25

Juara AJL25 - Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
Naib Juara AJL25 - Drama King - Meet Uncle Hussein & Black
Tempat Ketiga AJL25 - Noktah Cinta - Hafiz

Persembahan Terbaik - Hanyut (Faizal Tahir)
Vokal Terbaik - Hafiz (Noktah Cinta)

sumber

Tuesday, January 4, 2011

Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

azlanBagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Sunday, January 2, 2011

Karam Singh Walia Di kepung dan Di Ugut




DALAM rakaman YouTube ini, seorang wartawan TV dikepung selepas didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

SHAH ALAM – Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar. -kosmo

VIP yang melindungi kegiatan Gay rupanya adalah....


Oleh: Pria Malaya

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia (UM) bertarikh 2 Januari 2011, kegiatan haram homoskesual dalam negara kita rupanya telah dilindungi orang kenamaan (VIP)..namun laporan ini tidak mendedahkan siapakah VIP yg dimaksudkan..kalian boleh rujuk berita penuh dalam Utusan Malaysia versi online di SINI..

Persoalan kini, siapakah dalang yang dikatakan telah melindungi kegiatan homoseksual (gay) di negara ini? siapakah orang kenamaan yang dikatakan menjadi pembela dn penyelamat golongan ini? siapakah pihak yg mempunyai kuasa memberi amaran keras kepada pihak berkuasa supaya tidak mengganggu kegiatan terkutuk ini?...

"Saya Gay, Saya OK"

Sebelum penulis menjawab, atau memberi 'klu' siapakah dalang yg dimaksudkan ini...kita perhati dulu antara laporan UM hari ini berkaitan isu ini..katanya:
"Jika dilihat blog-blog dan laman sosial popular Facebook turut mendedahkan 'keberanian' golongan gay itu berkongsi pengalaman peribadi dan kehidupan mereka sebagai pengamal seks songsang."
Ya, penulis yakin ramai diantara kita telah menyedari kewujudan rakaman video yg mendedahkan keberanian seorang lelaki Melayu/Muslim mengaku dan berbangga dengan kehidupannya sebagai seorang homo (gay)..kalian boleh tonton video itu di SINI..(channel Youtube 'Seksualiti Merdeka' boleh rujuk di SINI..)



Ramai yg tertanya2 siapakah pemilik video ini, siapakah yg bertanggungjawab menghasil dan mewujudkan video ini..kalian boleh lihat pada anak panah bewarna merah pada foto di atas..ya, video yg menggemparkan negara sebulan yang lalu datangnya dari kumpulan yang menamakan gerakan mereka sebagai "Seksualiti Merdeka"..

Siapa "Seksualiti Merdeka"?

Persoalan kini, siapa Seksualiti Merdeka ini? siapa disebalik tabir gerakan 'haram' ini?..apa kaitannya dengan orang kenamaan/VIP sebagaimana dilaporkan Utusan Malaysia hari ini?..

Penulis ada menyentuh isu ini beberapa minggu yang lalu..dan jangan terkejut penulis katakan, VIP tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah anak seorang pemimpin a.k.a tokoh tersohor negara..kalian boleh ikuti pendedahan penulis pada tajuk, "EDISI BONGKAR: Marina Mahathir antara penyokong kuat kumpulan 'Seksualiti Merdeka'?" (wajib baca)...