ﺍﻠﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻡ
SATU LAGI BUKTI KEBENARAN ISLAM
Eloklah saya mulakan artikel ini dengan mencatat mafhum firman Allah SWT: "Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (segala ufuk-ufuk dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? " (Fussilat 41:53).
Makkah, iaitu kota suci bagi umat Islam bukan saja menjadi pusat ibadah, ia adalah pusat bagi planet bumi ini. Ketika saya masih bujang lagi, saya ada membaca sebuah kitab lama yang mencatat bahawa planet bumi ini pada asalnya dipenuhi air. Tapak Ka'abah itu adalah kerak bumi yang mula-mula sekali muncul di permukaan lautan, kemudian barulah muncul tanah-tanah yang lain hingga menjadi benua-benua. Itu catatan kitab lama. Akhir-akhir ini pakar-pakar Muslim telah menimbulkan semula perkara itu dan telah menghujahkan bahawa Makkah adalah 'pusat bumi'. Sila baca seterusnya.
|
Berjuta umat Islam seluruh dunia datang ke Makkah pada setiap tahun untuk mengerjakan Haji, Umrah dan juga Ziarah. Tidak ada agama lain yang punya kota suci sehebat Makkah. |
MAKKAH SEPINTAS LALU
MAKKAH Al-Mukarramah adalah kota suci turunnya wahyu llahi kepada Nabi Muhammad. Di sini, terletaknya Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi tanda kebesaran Allah. Makkah adalah kota paling suci di bumi ini serta paling dicintai Allah dan rasulNya. Ia juga menjadi tanah kelahiran Nabi Muhammad dan pusat terpancarnya nur Allah di bumi ini.
Abdullah bin `Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, maksudnya: "Demi Allah! Kamu (wahai Makkah) adalah tanah Allah yang terbaik dan yang sangat dicintai olehNya. Andai kata aku tidak diusir dari kamu, aku tak akan berpisah (daripada kamu)." (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidzi). Ibn 'Abbas pula berkata: Rasulullah bersabda: "Betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya orangku tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah (dari sini) untuk hidup di satu tempat yang lain."
Al-Quran secara khusus, berkali-kali menyebut kota ini dengan pelbagai nama yang berjumlah sebelas semuanya. Antaranya adalah Makkah, Bakkah, Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura dan Al-Baldah Al-Tayyibah. Bahkan, Allah bersumpah dengan kota suci ini serta memberikan kelebihan dan keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota lain.
Masjidil Haram dan Kaabah Baitul Atiq yang menjadi kiblat umat Islam sedunia, menjadikan kota suci ini sangat dicintai dan berpengaruh besar bagi umat Islam sepanjang masa. Setiap umat Islam menghadapkan muka ke arah kiblat sekurang- kurangnya lima kali sehari semalam. Ia menjadi tempat untuk seluruh kaum Muslimin sedunia menunaikan haji dan umrah.
Kehebatan dan keagungan kota Makkah bukan sekadar catatan dalam sejarah Islam dan melalui firman Allah dan hadis semata-mata, malah dibuktikan melalui kajian dan penyelidikan saintifik. Hal ini dibuktikan oleh profesor dari Mesir, Prof Hosien Kamal El Din Ibrahim yang mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. (Berita Harian 21 December 2004)
|
MAKKAH berada hampir dengan Laut Merah. Tanah Arab merupakan semenanjung, sebagaimana kedudukan Tanah Melayu. |
KIBLAT WAKTU, BUKAN SAJA KIBLAT SOLAT
Pada 21 April 2004 di Doha, Qatar, telah berlangsung satu persidangan ilmiah yang penting bagi dunia Islam. Sebilangan para sarjana dan ulama Islam telah membincangkan kemungkinan untuk mengubah hitungan waktu (masa) yang selama ini menjadikan Greenwich Mean Time (GMT) sebagai meridian sifar, lalu menjadikan Makkah sebagai kiblat hitungan waktu, maksudnya Makkah akan menjadi meridian sifar menggantikan bandar Greenwich.The Mecca Time concept asserts that Mecca, the holiest city of Islam located in Saudi Arabia on the surface of the Earth, is the true center of the Earth, and thus should replace the Greenwich Meridian (GMT). The demand was made by Sheikh Yusuf al-Qaradawi and other Muslim scientists and clerics meeting in Doha, Qatar on April 21, 2008 for a conference titled "Mecca: the Center of the Earth, Theory and Practice." The conference sought to promote "Ijaz al-Koran" - the belief and growing trend amongst Muslims that the Koran, the central Islamic religious text reveals many scientific facts. (en.wikipedia.org)
Persidangan ilmiah bersejarah itu telah dirasmikan oleh Dr Yusuf Qaradhawi. Ianya diberi nama "Mecca: the Center of the Earth, Theory and Practice." Turut hadir ialah pakar geologi Mesir, Dr Zaglur Najjar yang juga pensyarah geologi di Universiti Wales, Britain, dan Ir Yaseen Shaok, saintis yang menjadi pelopor jam Makkah.
Persidangan itu menyeru umat Islam sedunia menjadikan Makkah, khususnya Ka'abah yang berada di 21 darjah 25 minit latitud (garis lintang utara) dan 39 darjah 50 minit longitud (garisan bujur timur) sebagai titik awal hitungan waktu. Sebabnya jelas iaitu menurut kajian ilmiah, Makkah adalah PUSAT BUMI.
The conference revived a decades-old controversial issue, contending that the Greenwich Meridian was "imposed" by Britain and Western civilization during the colonial period and that Islam, unlike other religions in their view, does not contradict science. One of the contentions was that unlike other longitudes, Mecca was in perfect alignment with the magnetic north. Muslim clerics hail this as evidence of the "greatness" of the qibla - the direction determined to be towards Mecca that Muslims across the world must turn towards while reciting prayers. Expostulated by Yasin a-Shouk, the Switzerland-based inventor of Palestinian origin said it runs anti-clockwise in the direction of Tawaf, the rotation around the holy site of Kaaba within the Masjid Al-Haram in Mecca. The "Mecca watch" (Saat Makkah) is promoted to help Muslims determine the direction of Mecca from any point on Earth for purposes of daily prayers. (en.wikipedia.org)
Kajian tersebut telah dilakukan oleh Profesor Dr Hosien Kamal El Din Ibrahim, ilmuwan yang berasal dari Mesir, yang diterbitkan di The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center. Pusat penelitian yang berpusat di Kaherah, Mesir itu telah melakar peta baru dunia. Di dalam peta dunia itu terlukis garisan-garisan menghubungkan kota-kota di pelusuk dunia ke arah Makkah. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah spherical triangle (bebola segitiga), Hosien menyimpulkan kedudukan Makkah berada di pusat daratan bumi (kerak bumi).
Dalam ertikata lain, Makkah, tempat Ka’bah berada telah disimpulkan sebagai PUSAT BUMI. Ini sekaligus membuktikan bahawa daratan bumi berkembang dari Makkah. Adalah menarik untuk direnungkan pada fenomena bahawa setiap tahun jutaan umat Islam sedunia mendatangi Ka’bah di Makkah untuk melaksanakan haji. Ketika tawaf, jutaan umat Islam mengelilingi Ka’bah, dengan arah berlawanan jarum jam. Arah itu bertentangan dengan putaran waktu hitungan Greenwich.
The (Qatar) meeting also reviewed what has been described as a Mecca watch, the brainchild of a French Muslim. The watch is said to rotate anti-clockwise and is supposed to help Muslims determine the direction of Mecca from any point on Earth. (BBC News)
Penelitian menggunakan program komputer oleh Hosien itu sebelumnya pernah dilakukan menggunakan perhitungan matematik oleh ilmuwan Islam, Abi Fadlallah Al-Emary, yang meninggal dunia pada 749 H. Peta itu kemudian diabadikan di dalam kitabnya Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar.
Peta yang menggariskan arah kiblat, Makkah, juga telah dilakar oleh pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal dunia pada 958 H), menggunakan hitungan astronomi. Hasil kajian dua ilmuwan itu juga membuktikan bahawa Makkah adalah PUSAT BUMI.
Dalam persidangan di Doha, salah seorang pembahas telah menjelaskan bahawa Makkah berada di titik lintang yang sejajar dengan titik magnetik Kutub Utara. Keadaan ini tidak dimiliki oleh mana-mana kota lain di dunia hatta Greenwich sendiri walaupun ia dijadikan sebagai meridian sifar.
Siapakah yang menetapkan Greenwich sebagai Meridian sifar? Ia adalah Britain, yang pada waktu itu (tahun 1884) merupakan kuasa besar kolonial dunia. Kini Britain hanyalah sebuah negara biasa, dan sangat wajar jika Makkah menggantikan Greenwich kerana kedudukanya yang telah terbukti secara ilmiah sebagai PUSAT BUMI.
Dr Yusuf Qaradhawi yang menjadi Ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa menggalakkan dunia Islam menjadikan Makkah sebagai titik awal perhitungan waktu menggantikan Greenwich. Qaradhawi menjelaskan mengapa Allah SWT menjadikan Baitul Haram sebagai kiblat umat Islam di muka bumi.
"Kajian ilmiah moden itu (oleh Profesor Dr Hosien Kamal El Din Ibrahim) meneguhkan kemuliaan kiblat umat Islam. Juga menegaskan lagi teori bahawa Makkah adalah pusat bumi. Ini adalah sama dengan penegasan jati diri keislaman serta mengangkat tinggi kemuliaan umat Islam atas agama, umat, dan peradabannya," ujar Qaradhawi.
Persidangan di Qatar merupakan sebahagian dari usaha dunia Islam mencari bukti saintifik dari Al-Qur'an. Idea dasarnya adalah bahawa kebenaran ilmiah sudah termaktub dalam Al-Qur'an, dan tugas para ilmuwan ialah mencari bukti-bukti yang sudah diterangkan dalam Al-Qur'an tersebut.
|
Masjidil Haram dan Ka'abah dilihat menerusi satelit (perisian Google Earth). |
BARAT MENENTANG IDEA INISaya telah meneliti beberapa forum di internet. Ternyata sebilangan individu Barat agak emosional dari segi ini. Mereka bukan hanya tidak bersetuju Makkah dijadikan meridian sifar, malah telah memburukkan Islam. Pada hemat saya, mereka perlu membezakan antara agama dan penemuan saintifik. Jika mereka tidak mahu menerima Islam, mereka tidak wajar menolak bukti saintifik lantaran bias ini.
Seorang ahli astronomi Institut Teknologi Bandung, Moedji Raharto, menyatakan bahawa pembahagian waktu bermula dari Makkah tidak menjadi masalah. "Itu membuat budaya baru di tengah kemapanan sistem yang sudah ada," katanya.
Pihak-pihak yang menentang menyatakan bahawa selama ini seluruh kegiatan di dunia merujuk pada waktu Greenwich. Mulai dari transaksi perbankan, perhitungan waktu di internet, dunia penerbangan, setting jam di kilang-kilang, seluruhnya merujuk perhitungan waktu Greenwich. Sebarang usaha untuk mengubahnya memerlukan perubahan dan dana yang besar.
Makkah sebenarnya memang telah menjadi perhatian dunia, bukan hanya oleh umat Islam dan bukan hanya ketika ibadah haji berlangsung. Jika Makkah menjadi meridian sifar, ia merupakan berita baik untuk umat Islam. Kata Moedji "Arah kiblat merupakan garis spiritual karena semua manusia tertuju ke sana." Moedji juga berpendapat bahawa menyatukan perhitungan waktu berdasarkan Makkah boleh dilakukan, "Dari segi matematik itu bisa dilakukan." (islamonline)
|
MAKKAH DAN GOLDEN RATIO
Untuk memahami mengenai apakah Golden Ratio atau Golden Mean, sila baca artikel Hasil Kajian: Rahsia Golden Ratio Alam Semesta Terbongkar.
Sebuah video yang memaparkan penemuan Erdem Cetinkaya mengenai kedudukan Makkah yang menurut kajiannya berada TEPAT di posisi Golden Mean 1.618. "This discovery is made by the 3d graphic artist, director who made some works that are world-wide famous, Erdem Cetinkaya. Right now his work of documentary-movie which includes the miracle of Kaaba and the miracles named “Holy Mysteries".
Cetinkaya mendapati bahawa jika dibahagikan jarak Makkah dari noktasina Kutub Utara (7631.68 kilometer) dengan jarak Makkah dari noktasina Kutub Selatan (12348.32 kilometer) adalah TEPAT 1.618.
Selanjutnya, jika dibahagikan jarak antara noktasina Kutub Utara dan Kutub Selatan (19980.00 kilometer) dengan jarak Makkah dari noktasina Kutub Selatan (12348.32) maka jawapannya juga TEPAT 1.168.
Dengan menggunakan sebuah perisian grafik pula, beliau mendapati bahawa arak garis lintang antara Makkah ke garis ekuinoks Timur dan Barat juga punya nisbah TEPAT 1.618.
Beliau juga telah mengukur garis silang dari Makkah hingga ke garis ekuinoks dan mendapati bahawa ia juga punya Golden Ratio 1.618.
GOLDEN RATIO VS PUSAT BUMI
Setakat ini anda sudah membaca dua maklumat yang utama. Pertama: Makkah sebagai PUSAT BUMI. Kedua: Makkah berada di kedudukan Golden Ratio. Para skeptik mungkin berkata: "Mengapakah dua fakta ini bercanggah? Bukankah pusat itu berada di tengah-tengah?".
Maka sebagai permulaan, kita jawab: "Perhatikan pusat (navel) anda sendiri. Dia berada di tengah tubuh anda, dan dia berada di Golden Mean "The bottom the the girdle (waist-band) is also at a golden section point for the whole figure from the top of the head to the soles of the feet... this is also the position of the navel in the human body.. (www.mcs.surrey.ac.uk). Maka andai para skeptik mahu menolak hakikat ini, mereka perlulah ubah pendirian seluruh manusia di dunia bahawa pusat (navel) bukan berada di tengah-tengah tubuh. Janin menerima makanan (nutrition) melalui pusat itu, lalu mengalami proses tumbesaran.
AYAT DALIL MENGENAI MAKKAH
Izinkan saya membentangkan Hasil Kajian saya pula. Pada kali ini kita akan perhatikan Surah Ali 'Imran 3:96. Perhatikan maksud ayat ini, saya salinkan dari beberapa pentafsir:
|
"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia." (Melayu)
"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia." (Indonesia) "Verily, the first House (of worship) appointed for mankind was that at Bakkah (Makkah), full of blessing, and a guidance for Al-'Alamîn (the mankind and jinn)." (Dr Mohsin). "Lo! the first Sanctuary appointed for mankind was that at Becca, a blessed place, a guidance to the peoples;" (Marmaduke Pickthal). "The first House (of worship) appointed for men was that at Bakka: full of blessing and of guidance for all kinds of beings:" (Yusuf Ali).
|
JADUAL 1 |
Rujuk JADUAL 1. Saya paparkan kesemua Huruf dalam Ayat ini serta Nilai Mufrad Hijaiyah Masyriq untuk perkiraan. Saya dapati bahawa Jumlah Huruf ialah 41 dan Jumlah Nilai Mufrad ialah 677.
Rujuk JADUAL 2 sebelah kiri. Saya dapatkan Implisit 677 dalam 41 Tapak. Jawapannya ialah Posisi 21. Perhatikan semula JADUAL 1. Saya tandakan Posisi 21 dengan warna merah. Perhatikan juga bahawa IMPLISIT bagi AYAT MAKKAH ini TEPAT DI TENGAH, iaitu Posisi 21 dari pangkal mahupun dari hujung. Renungkan kembali apa yang telah anda baca mengenai Makkah sebagai PUSAT BUMI.
|
JADUAL 2 |
Oleh kerana artikel ini telah memuatkan maklumat mengenai kedudukan Makkah di Golden Ratio, kita buat pula perkiraan mengenai Golden Ratio. Perhatikan JADUAL 2 kembali. Saya bahagikan 677 itu dengan Golden Ratio 1.618. Jawapannya ialah 418.418. Angka bulat terhampir ialah 418. Rujuk JADUAL 1. Anda akan dapati bahawa Posisi di mana Jumlah Nilai Mufradnya paling hampir dengan 418 ialah POSISI 29. Jumlah Nilai Mufrad dari Posisi 1 ke 29 ialah 423, berbeza 5.
Selanjutnya, perhatikan JADUAL 2 dengan merujuk JADUAL 1. Saya campurkan Nilai Mufrad dari TENGAH (Posisi 21) hingga ke Posisi GOLDEN RATIO (Posisi 29). Jawapannya BERULANG SETARA 88.
Cantik angka itu? Itulah BUKTI KEBENARAN Al-Qur'an. Anda mahu sebut MAKKAH itu sebagai PUSAT BUMI atau sebagai PUSAT GOLDEN RATIO, tiada masalah. Itulah Makkah yang dimaksudkan dan ia adalah Tanah Suci bukan saja bagi umat Islam malah seluruh umat manusia.
Perhatikan juga bahawa 88 itu mendatar 8+8=16. Angka 16 itu SERUPA JENIS dengan Angka Golden Ratio iaitu 1.618.
MAKKAH DI TENGAH BUMI
Sekarang perhatikan pula JADUAL 3. Pada kali ini saya 'buka' Surah Ali 'Imran 3:96 itu dengan mengira setiap sabdu yang ada sebagai huruf. Sebagaimana yang telah ditemui oleh Cetinkaya (rujuk di atas), Jumlah Hurufnya ialah 47 dan Cetinkaya telah membahagikan 47 dengan 1.618 lalu dapat Jawapan Posisi 29. Perhatikan bahawa Posisi 29 ini TEPAT merupakan Posisi Huruf Akhir bagi nama "BAKKAH" atau MAKKAH, yang berada di Posisi Golden Ratio di atas muka bumi ini.
|
JADUAL 3 |
Lihat JADUAL 4 sebelah kiri. Itu adalah perkiraan Cetinkaya, bagaimana beliau dapat Posisi 29. Lihat sebelah kanan pula. Itu perkiraan saya. Saya campurkan Nilai Mufrad Semua 47 Huruf, dapat 821, dan sebagaimana biasa, saya dapatkan Implisit bagi 821 dalam 47 Tapak. Jawapannya BERULANG SETARA 22.
|
JADUAL 4 |
Seterusnya rujuk JADUAL 3. Saya campurkan Nilai Mufrad dari Posisi 22 hingga 29. Jawapannya BERULANG SETARA 111.
Bandingkan dengan keadaan bila mana Surah Ali 'Imran 3:96 ini ditulis sebagaimana biasa (dapat BERULANG SETARA 88) dan yang ini (dapat BERULANG SETARA 111). Adakah anda fikir ini hanya kebetulan?
Untuk menetapkan hati anda, sila bandingkan JADUAL 1 dan JADUAL 3. Nampakkah anda pada 6 Huruf yang menjadi BEZA antara Ejaan 41 Huruf (JADUAL 1) dan Ejaan 47 Huruf (JADUAL 3)? Bila anda campurkan Jumlah Mufrad bagi 6 Huruf BEZA ini, anda akan dapat jawapan BERULANG 141.
Cantik angka 141 itu. Betul atau tidak? Ia mengingatkan kita pada AL-FATIHAH, iaitu Surah yang mengandungi 141 Huruf, yang mesti dibaca ketika Solat, iaitu ketika kita menghadapkan tubuh kita ke arah Makkah dan tentunya Kaabah, yang menjadi lambang pusat penyatuan umat Islam di seluruh dunia di semua zaman, sejak Adam AS.
KESIMPULAN
Perhatikan JADUAL 1. Lihat pada HURUF yang berada di Posisi Implisit (21) itu. Ia adalah Huruf BA. SERUPA juga dengan keadaan BA yang terpilih untuk berada di awal Basmalah. Perhatikan pula nama BAKKAH. Allah SWT Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui telah memberitahu kepada umat manusia bahawa asal bagi nama MAKKAH itu adalah BAKKAH, dan ia juga bermula dengan HURUF BA. Pada hemat saya, inilah antara keistimewaan terbesar HURUF BA, yang dipilihNya sebagai awalan bagi Kitabullah dan awalan bagi nama bagi Tanah Suci di mana KA'ABAH itu sendiri berada. Dan BA dalam Basmalah itu, sebagaimana diketahui mengandungi rahsia pengertian Basmalah itu sendiri, yang mengandungi rahsia pengertian Al-Fatihah, yang mengandungi rahsia pengertian seluruh Al-Qur'an. Maka Surah Ali 'Imran 3:96 telah menampakkan MUKJIZAT yang hebat dari segi kedudukan bumi BAKKAH itu sendiri sebagai PUSAT BUMI. Rujuk JADUAL 1 dan renungkan.
Sama ada Barat mahu menerima cadangan agar menjadikan BAKKAH sebagai meridian sifar, itu bukan persoalan kita. Namun jauh di sudut hati kita memberitahu bahawa hal itu (dari segi adatnya) sukar berlaku, kerana rata-rata mereka yang bukan Islam tidak suka jika syiar Islam itu merebak hingga ke sudut perkiraan waktu. Jika boleh, sebahagian dari mereka ini mahu manusia melupakan saja BAKKAH dan KA'ABAH. Namun kita serahkan segala-galanya kepada kekuasaan Allah SWT, kerana Dia Maha Mengetahui apa yang akan berlaku dan hikmahnya jika ia berlaku atau sebaliknya. Wallahua'lam.
Sebagai umat Islam, bersyukurlah kita kerana Dia telah melimpahkan rahmat iman kepada kita semua. Kita sudah lihat bahawa pusing macam mana pun, kebenaran Islam tetap terbukti. Cuma, manusia itu sifatnya banyak membantah, walaupun dia sudah tahu. Apa yang kita harapkan ialah semoga dengan mengetahui hal ini, keimanan kita akan bertambah, insyaAllah.
TAMBAHAN
Mengenai susunan angka bagi jam DIGITAL, pada hemat saya susunan yang ada sekarang adalah mengikut kaedah sebenar tulisan angka Arab, maknanya nilai terbesar (jam) di sebelah kiri dan nilai terkecil (saat) di sebelah kanan. Mungkin anda nampak sekarang bahawa yang jadi masalah ialah arah putaran jam ANALOG konvensional. Apa yang disebut oleh mereka sebagai 'clockwise' sebenarnya terbalik atau salah arah gerakannya. Ia salah dari segi tertib susunan angka-angka, iaitu angka Al-Arqam Al-Hindiyah (angka Arab) yang kita gunakan sekarang ini di seluruh dunia.
Soal gerakan ANALOG sekarang yang terbalik adalah kontra kepada sifat putaran bumi, yang berputar 'counter-clockwise' dan juga peredaran bumi mengelilingi matahari. Mungkin juga matahari mengelilingi Bima Sakti mengikut arah 'counter-clockwise'. Persoalan ini mungkin dianggap remeh oleh ramai orang, namun kita belum tahu apakah kesan negatif kita melihat jam ANALOG yang berputar 'clockwise' kepada minda kita. Belum ada kajian sarjana mengenainya. Pada hemat saya, ia ada kesan yang negatif, mungkin ke atas aliran tenaga tubuh, dan aliran tenaga sejagat. Wallahua'lam.
Saya juga berpendapat bahawa terdapat kesan positif bila seseorang itu menghadap kiblat berbanding membelakanginya atau menghadap ke arah lain, terutamanya jika ia dilakukan dalam masa yang lama. Kesan ini hampir pasti adalah ke atas kesihatan tubuh badan dan kelancaran aliran tenaga dalam tubuh. Solat tahajjud pada hemat saya, bukan saja meningkatkan kesihatan minda (minda yang sihat adalah minda yang beriman), malah saya fikir waktu melakukannya itu ada kaitan dari segi kelancaran aliran dan ketersusunan medan magnet (magnetic field) di muka bumi di kawasan setempat, kerana pada ketika itu aktiviti manusia berada di tahap minima (sedang tidur) dan suasana adalah amat tenang.
Maka membiarkan minda kita mengikut putaran arah jam ANALOG konvensional (clockwise) mungkin akan membocorkan tenaga (drain the energy), walaupun sekarang kita tidak melihat jam ANALOG itu, kerana sejak melihatnya berulang kali di asa lampau, minda kita sudah 'set' supaya berputar 'clockwise', yang merupakan arah yang salah bagi ketertiban rahsia tubuh. Melihat jam DIGITAL pada hemat saya akan lebih memberi manfaat pada banyak perkara. Ini hanya pendapat. Jika salah tersilap, maafkan saya. Wallahua'lam.
PAUTAN SUMBER RUJUKAN
Berikut disenaraikan pautan-pautan yang menyentuh mengenai fakta Makkah sebagai pusat bumi, saya sertakan sekali pautan mengenai Makkah berada di titik 'Golden Ratio':
Makkah Sebagai Pusat Bumi: