Nuffnang

Tuesday, November 17, 2009

Topi Kaledar pun tak muat


Apabila Kelapa dan Muka penuh dgn daging... Topi Kaledar pun tak muat nak pakai

Tuesday, November 3, 2009

Krisis DUN Negeri Perak – Rayuan Nizar Pada 5 November

p/s : Janganlah Terlalu berharap sangat.. Umum dah mengetahui Keputusan mahkamah akan berpihak pada BN, Klu gerombolan tahu keputusan mahkamah esok tidak memihak kepada beliau.. hari ini lagi MB haram tersebut akan membubarkan dun untuk mengelakkan kemaluan yg akan gerombolan terima.. dan xdelah juga gerombolan terhegeh2 membentangkan Budget untuk Negeri Perak..

Ramalan ku.. Keputusan Esok Pasti memihak Pada BN...
apa pula ramalan anda????


Krisis DUN Negeri Perak – Rayuan Nizar Pada 5 November

195ec8bd508a0ad95385109ad19cbae0

Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung pertikaian kesahihan Menteri Besar Perak pada 5 Nov depan.

Peguambela Nizar, Leong Cheok Keng berkata, Nizar membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 9 Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membantah berhubung permohonan itu.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Nizar atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan Sultan, dan sebaik seorang menteri besar dilantik, beliau dan Ahli Majlis Mesyuaratnya hanya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.

Mahkamah Rayuan pula memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah, adalah betul dalam melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru mengikut Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas berpuas hati Zambry mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri Perak.